Mengenai Kami

My photo
Cheng, Melaka, Malaysia
Kami mengusahakan bengkel mengetuk dan mengecat kereta dan motosikal, perkhidmatan airbrush, pasang aksesori atau penggantian panel kenderaan. Harga boleh runding!!! 100% milik bumiputera.

AFZ Sprayworks

Alamat Kami:
NO 2, JALAN TTC 15,
TAMAN TEKNOLOGI CHENG,
75250 MELAKA.
PHONE: 012-6763870, 013-6719310

Perkhidmatan Kami:
1. Ketuk dan Cat Kereta/Motosikal
2. Airbrush - seluruh kenderaan/panel tertentu
3. Polishing dan Waxing
5. Memasang bodyparts

Search Box

Thursday, November 05, 2009

Kembali Menulis!



Salam semua..
Lama dah saya tak updatekan blog ini. Untuk makluman agak sibuk ngan keje di bengkel.
Apapun kini saya kembali untuk menulis di blog kami sekadar untuk berkongsi cerita dan perkembangan di bengkel.
Untuk pengetahuan semua, nama blog ini akan ditukar kepada AFZ Sprayworks. Ini kerana nama lama iaitu AFZ Painting agak kurang sesuai dengan aktiviti bengkel kami. So jangan lupa akan nama baru ini.
Kawan semua pernah dengar tentang SME Corp tak? Tentu pernahkan? Nama lamanya adalah SMIDEC. Usahawan atau peniaga mesti sinonim dengan SMIDEC. Baru-baru ini kami telah mohon bantuan geran dibawah program SME Corp. Bantuan geran tersebut adalah untuk mendapatkan geran sebanyak 50% bayaran sewa bengkel selama 2 thn. Kalau lulus permohonan ini maka selepas ini ada beberapa lagi program SME Corp akan kami mohon. Banyak program yang membantu bumiputera dibawah SME Corp. Semuanya berbentuk geran dan boleh dimanfaatkan oleh kita. Jika nak tahu maklumat lanjut bolehlah layari
http://www.smecorp.gov.my
Akhir sekali disini saya sertakan beberapa gambar beberapa projek bengkel kami.
Sehingga lain kali...Wasalam.

No comments:

Post a Comment